Sign In
Mobirise Website Builder
YM Nurul Huda binti Haji Muhin
Anugerah Pengiktirafan Khas 2023


Anugerah ini diberikan bagi mengangkat dan menyuntik semangat belia Orang Kelainan Upaya yang turut sama memberikan sumbangan kepada masyarakat di negara ini termasuk mempelbagaikan ekonomi negara, kepimpinan dan sukarelawan.

 

Penerima anugerah ini merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kepimpinan, perkhidmatan dan kesukarelawanan, malah sering dijemput selaku pembentang dan peserta bengkel, kursus dan taklimat di peringkat antarabangsa. Beliau merupakan wanita pertama dan termuda yang dilantik menjadi Ketua Pentadbiran di organisasi beliau dengan menyelia kira-kira 50 orang kakitangan dan lebih 300 orang pelajar berkelainan upaya. Menjadi Pengerusi Bersama dalam pengendalian pelbagai aktiviti amal bagi Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dari tahun 2018 hingga 2020, beliau telah berjaya mengutip lebih daripada $150,000.00 untuk pusat tersebut. Beliau juga adalah orang Brunei pertama berkelainan upaya yang terpilih bagi mengikuti Program Young Southeast Asian Leaders Initiative Professional Fellowships selama enam minggu di USA pada tahun 2019. Sebagai pengiktirafan beliau selaku Advokat Belia berkelainan upaya, beliau telah dikurniakan dengan Pingat Indah Kerja Baik pada tahun 2022. Atas usaha gigih beliau, beliau turut diberikan 'mini-grant' berjumlah USD2,700.00 oleh University of Montana, USA pada tahun 2020 untuk melaksanakan projek di Negara Brunei Darussalam. Sumbangan dan keaktifan beliau yang cemerlang ini telah membuktikan bahawa orang kelainan upaya juga mampu memimpin, berjaya dan memberikan inspirasi.​


Attachments